Make your own free website on Tripod.com
Home | Kuliah dan Link | Gaya Penulisan Ilmiah | Nota Kuliah Kaunseling | Kalender Saya | Islam Yang Indah | GERKO (PBSM) | Kamus

Ramlan Hamzah IPG, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, NS

Kuliah dan Link

Say you, 'the dirty and clean are not equal, even though the abundance of the dirty may please you, thenremain fearing Allah,O men of understanding! So that you may get prosperity.

Katakanlah, "Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu." Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai akal agar kamu beruntung. (Al-Maidah (5):100.

A. KAUNSELING

Definisi Kaunseling

Merupakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien ke arah yang diingini. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, ia lebih kepada perbincangan ke arah satu persetujuan. Kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.

Bentuk Hubungan Dalam Kaunseling

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses menolong atau bantuan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Definisi Bimbingan

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan


• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

Model Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.


• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.


• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.


• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka.


• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.


• Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti.

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING KANAK-KANAK

KAUNSELING KANAK-KANAK 2

KAUNSELING KANAK-KANAK 3

Play Therapy (Maklumat tentang terapi main

Art Therapy (Terapi Seni)

Music Therapy (Terapi Muzik)

Bibliotherapy (Terapi Biblio)

Story therapy (Terapi bercerita)

KAUNSELING KELOMPOK

KAUNSELING KERJAYA

Kaunseling Kerjaya 1

Kaunseling Kerjaya 2

PENILAIAN TENTANG KAEDAH KAUNSELING

COUNSELING PSYCHOLOGY

VISION OF REALITY AND BRIEF THERAPY

BRIEF THERAPY NETWORK (WORKSHOP)

COUNSELING AND MENTAL HEALTH (DR SEHL)

COUNSELING AND MENTAL HEALTH (SUPPORT GROUP)

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOSIATION

MALAYSIAN PSYCHIATRIC ASSOCIATION

INTERNET MENTAL HEALTH

ONLINE DEPRESSION SCREENING TEST

PERSONALITY TEST

PERSONALITY 2

PERSONALITY TEST 3

PERSONALITY TEST 4

NATIONAL INSTITIUT OF MENTAL HEALTH (US)

HEALTH LINK

TELEHEALTH ORGANISATION FINDER

DICTIONARY OF BEHAVIORIAL TERM

COMMUNITY MENTAL HEALTH (HELP NET)

ONLINE DICTIONARY ON MENTAL HEALTH

Kaunseling Di UPM

B. PENDIDIKAN

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN (tambahan)

EDM 2013

SEKOLAH BESTARI

Pengenalan Sekolah Bestari

Malaysia Smart School Project

INTERNET

Nota Sekolah Bestari (Dalam Pembinaan)

Modul Latihan Sekolah Bestari

TMK Dalam P&P Bestari

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Creative Thinking

Creative and Critical Thinking (Eng)

Cort 1

Edward De Bono 6 Thinking hats

Teaching Thinking Skills

Latihan-latihan dan Teknik (Eng)

Kemahiran Belajar 1

Laman Pilihan

KENEGARAAN MALAYSIA

Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu

Nota Bahasa Melayu

Carian Tentang Malaysia

Profil Malaysia

Malaysia Dari Melaka

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia

Khazanah Melayu: Pantun, Peribahasa, dll

Bahasa Melayu

Tatabahasa
Bahasa Melayu Komunikasi
Teks Ucapan

PEDAGOGI PENDIDIKAN

Pengajaran dan Pembelajaran (Lesson Plan Science)- sekolah rendah

Pengajaran dan Pembelajaran Sains (Sekolah Men)

Nota Pembinaan Negara Bangsa

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

LINK

Portal Rasmi Kementerian

PENGENALAN ALAM SEKITAR

Kementerian Tenaga Hijau dan Air

artikel: Lestari Budayakan Alam Sekitar

ius alam sekitar dan menangani (kertas kerja seminar)

ARTIKEL PEMBANGUNAN MAPAN

ISU ALAM SEKITAR (Mengubah paradigm)

Contoh Sekolah Lestari

NORTH AMERICAN ASSOCIATION

Insyallah, saya akan cuba mengemaskini laman ini dari semasa ke semasa. Oleh itu jangan lupa sila datang lagi. Sekian terima kasih.

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan KEBIJAKSANAAN dan PENGAJARAN YANG BAIK, dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan jalan yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang dapat petunjuk. (An Nahl : 16)

Graphic of a computer; Actual Size=240 pixels wide

Kehidupan merupakan satu pencarian. Manusia sering dapat apa yang dicarinya sama ada kebenaran atau kebatilan. (Ramlan Hamzah 2001)

ART AND MEDIA BASIC

ART LESSON PLAN PAGE (1)

ART LESSON PLAN PAGE (2)

THEMATIC APPROACH LESSON PLAN

DRAW AND COLOR WITH UNCLE FRED

LANGUAGE ART AND CREATIVE MOVEMENT

Jadual Waktu Kuliah 2013 - semester 1  Dalam Proses
Jadual Waktu Kuliah 2013 - semester 1  Dalam Proses
Monday
9.00am - 11.00pm
11.00 - 12:00pm
EDU3107 B&K Kanak2 (7PISMP RBT2) 9-11pg
BKC2103 B&K Ind. (1DPLI) 11-12ptg
Tuesday
11.00 - 1.00ptg
EDU3107
7PISMP RBT2
Wednesday
8.00 - 10:00 pg
11.00 - 1.00 ptg
2.30 - 4.30 ptg
BSM (PISMP Sem 3)
BKC2103 1DPLI BK
EDU3107 7PISMP RBT2
Thursday
8.00 - 10:00pg
12.00 - 1.00 ptg
EDU3107 7PISMP RBT2
BKC2103 1DPLI BK
Friday
8.00pg - 4.30 ptg
Pengurusan, Penulisan dan Mentoring

PRO FORMA PROGRAM DPLI BIMBINGAN BCK2012 MAJOR BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK DAN PROFORMA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN IPGM EDU3107: BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TEORI-TEORI KAUNSELING

DPLI - KAUNSELING KELOMPOK

AKTIVITI KELOMPOK TERAPI

1 PPISMP PSV - LEARNING SKILLS (TAXONOMY BLOOM)

2PISMP RBT 2 - TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL-MODEL PENGAJARAN BAGI PELAJAR BERBAKAT

PELBAGAI ASPEK PENDIDIKAN


FD

Ramlan Hamzah, PhD
Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik 
Kompleks Pendidikan Nilai,71760  Bandar Enstek
NEGERI SEMBILA DARUL KHUSUS

019-2244 676