Make your own free website on Tripod.com
Home | Kuliah dan Link | Gaya Penulisan Ilmiah | Nota Kuliah Kaunseling | Kalender Saya | Islam Yang Indah | GERKO (PBSM) | Kamus

Ramlan Hamzah IPG, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, NS

Gaya Penulisan Ilmiah

Gaya Penulisan APA (American Psichological Association)
 

Gaya penulisan American Psychological Association atau lebih dikenali dengan singakatan APA merupakan salah satu gaya penulisan yang sering diguna pakai dalam penulisan kajian tindakan,kerja kursus dan sebagainya. Pihak JIP, IPTEK juga seringkali mensyaratkan kaedah penulisan APA ini digunakan oleh pelajar dalam menyediakan kerja kursus. Ramai di antara kita masih tidak jelas dengan gaya penulisan APA ini. Oleh itu, saya berharap penerangan saya ini tentang gaya penulisan APA ini dapat membantu anda semua memahami dengan lebih baik lagi.


Sistem Dokumentasi APA


Sistem dokumentasi APA AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’ (APA) merupakan sistem yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai menulisan kajian dan ilmiah.

Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography) maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.

Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:

Pengarang
Tahun penerbitan
Judul
Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)


Apa yang perlu didokumentasikan?

Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengenalpasti sumber maklumat dan merujuk semula sumber bahan yang asal.

Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:

Petikan secara langsung (direct quotations)
Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
Idea atau maklumat yang dirujuk ( statistik, graf, dll)


Format menulis Rujukan/Bibliografi menggunakan gaya APA


(i) Rujukan/Bibliografi perlu diletak selepas teks induk. Ianya menyenaraikan rujukan yang dibuat dalam kajian/projek dan disebut dalam teks. Cara menulis tiap-tiap jenis rujukan hendaklah konsisten dan mengikut amalan-amalan penulisan berikut:-

Entri dalam bibliografi adalah disusun secara "an underhug Single-spaced form" selang sebaris di antara item. Setiap entri bermula di tepi marjin kiri dengan baris kedua di"kedalamkan" empat lajur. (Lihat contoh).

Entri hendaklah disusun ikut ajbad nama keluarga pengarang bagi nama-nama Barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama Melayu. Bagi pengarah korporat, entrinya disusun mengikut perkataan pertama (tidak termasuk artikel seperti "The", "A" dan sebagainya).


Jika terdapat lebih dari dua karya oleh seorang pengarang, pengulangan namanya boleh dielakkan dengan menggantikannya dengan garisan bersambung sepanjang 8 lajur (ruang) mulai tepi marjin kiri.


Jika pengarangnya tidak diketahui, sesuatu entri itu disusun mengikut abjad perkataan pertama tajuk makalah (tidak termasuk artikel "The", "A" dan lain-lain).

(ii) Item-item dalam bibliografi hendaklah disenaraikan mengikut abjad nama pengarang mengikut kaedah American Psychology Association (APA) (http://www.apa.org) Rujukan kepada item-item yang disenaraikan itu dibuat dengan menyebut pengarang dan tahun.

Contoh:

Artikel dari Jurnal, seorang pengarang

Bekerian, D. A. (1993). In search of the typical eyewitness. American Psychologist, 48, 574-576.


Artikel dari jurnal, dua orang pengarang, dikeluarkan mengikut isu

Klimoski, R., & Palmer, S. (1993). The ADA and the hiring process in organizations. Consulting Pscychology Journal: Practice and Research, 45 (2), 10-36.


Artikel jurnal, tiga hingga lima pengarang

Borman, W. C., Hanson, M. A., Oppler, S. H., Pulakos, E. D., & White, L. A. (1993). Role of early supervisory experience in supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78, 443 -449.

Artikel dari makalah (megazine)

Posner, M. I. (1993, October 29). Seeing the mind. Science, 262, 673-674.

o Berikan tarikh yang terdapat pada terbitan - bulanan atau bulan dan tarikh.
o Berikan nombor jilid.

Artikel dari surat khabar harian, tiada pengarang

New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. (1993, July 15). New Straits Times, p. A12.

o Senaraikan penulisan tanpa pengarang mengikut perkataan pertama yang bererti daripada tajuk artikel.
o Dalam teks gunakan tajuk pendek dalam kurungan: ("New Drug," 1993).
o Dahului mukasurat surat khabar dengan "p." atau "pp."


Artikel dari surat khabar, berlainan mukasurat

Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economics, social status. The Washington Post, pp. A1, A4.
 
Ramlan Hamzah (2012, Jan 15). Gugup di dalam peperiksaan: Minda pelajar.  Berita Harian, ms 15. 

o Jika artikel bersambung-sambung di beberapa mukasurat, berikan kesemua mukasurat dengan dipisahkan oleh koma (contoh., pp. B1, B3, B5-B7)

Artikel dari surat khabar bulanan, surat kepada pengarang

Markovitz, M. C. (1993, May). Inpatient vs. outpatient [Letter to the editor]. APA Monitor, p. 3.

Keseluruhan isu dalam sebuah jurnal

Barlow, D. H. (Ed.). (1991). Diagnoses, dimensions, and DSM-IV: The science of classification [Special issue]. Journal of Abnormal Psychology, 100 (3).
 
Ramlan Hamzah (2011).  Cybermode in counseling. Journal of Technologies, 153 (1).


Terbitan tahunan

Fiske, S. T. (1993). Social cognition and social perception. Annual Review of Psychology, 44, 155-194.




Sebuah buku

Ross, R.S. (1974). Speech communication: Fundamentals and practice. 3rd ed. Englewood Cliffs, N.J. Prentice-Hall.

Ahmad Lofti Alam dan John Kuppusami. (1988). Potential for Agricultural Development in Kedah, Alor Setar, Universiti Utara Malaysia.
 
Ramlan Hamzah. (2008). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Percetakan UPEMA.


Buku, edisi ketiga

Mitchell, T., R., & Larson, J. R., Jr. (1987). People in organizations: An introduction to organizational behavior (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Buku, sekumpulan pengarang (agensi kerajaan) sebagai penerbit

Australian Bureau of Statistics. (1991). Estimated resident population by age and sex in statistical local areas, New South Wales, June 1990 (No. 3209.1). Canberra, Australia Capital Territory: Author.


Kertas Kerja Persidangan/Seminar


Deci, E. L. & Ryan, R. M. (1991). A motivational approach to self: Integration in personality. In R. Dienstbier (Ed.), Nebraska Symposium on Motivation: Vol. 38. Perspectivees on motivation (pp. 237-288). Lincoln: University of Nebraska Press.
 
Ramlan Hamzah. (2011). Merentas batas perhubungan menolong.  Seminar Pendidikan: Vo1.22. Jurnal Pendidik (ms. 111-114).


Prosiding yang diterbitkan secara tetap(regularly)

Cynx,J.,Williams,H., & Nottebohm, F. (1992). Hemisphericdifferences in avian song discrimination. Proceedings of the National Academy of Sciences, USA, 89, 1372-1375.

Penerbitan Kerajaan

Malaysia, Jabatan Perangkaan (1977). Malaysian fertility and family survery 1974: first country report. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan.

Malaysia (1971). Universities and university colleges act 1971. Kuala Lumpur, Jabatan Cetak Kerajaan.


Tesis

Abu Baka bin Salleh (1978). Purification and Immobilisation of Uricase for Use in Automated Analysis. Ph.D Dissertation, University of St. Andrews.
 
Ramlan Hamzah (2010). Pembangunan dan pelaksanaan laman web kaunseling maya. Tesis PhD, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berkala

Anuar Hamdan (1976). Report on the Markets for Timbers Products in West Asian Countries. Warta Perdagangan Kayu.

Lum. K.Y. & Wong H.K. (1976). Control of Bacteria Wilt of Tomatoes in the Lowlands Through Grafting. MARDI Res. Bul 4(1); 28-33.

(a) Untuk perincian lanjut mengenai penyebutan bibliografi dan nota kaki, sila rujuk buku-buku berikut:-

(i) BALLOW, S.V. A model for theses and research papers. Boston; Hougton Mifflin, 1970. (LB 2396. B25)

(ii) CAMPBELL, W.G. and S.V. Ballow Form and style: theses, reports, term papers. 5th ed. Boston: Houghton Mifflin, 1978. (LB 2369 C3 1978):

Untuk singkatan kepada nama jurnal, gunakan singkatan-singkatan yang diikuti dalam World List of Scientific Periodicals (Z 7403. W6 1963).

Contoh:

Australian Journal of Zoology Aust. J. Zool
Malayan Orchid Review Malay, Orchird Rev.

Journal of Nutrition J. Nutr.

New Zealand Journal of N.Z.J


 
Perhatian: Untuk rujukan pelajar IPG Teknik, KL.
 
 

Apabila menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti kertas kerja, laporan penyelidikan, proposal dan sebagainya, tulisan berkenaan tidak lengkap tanpa menulis rujukan. Berikut adalah cara menulis rujukan lengkap bagi bahan rujukan berbentuk buku mengikut Gaya UKM.

CARA MENULIS RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK BUKU


Caranya:

Nama pengarang diikuti noktah (semua nama pengarang hendaklah disenaraikan) Tahun penerbitan diikuti noktah. Judul buku (condong) diikuti noktah.  Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah. Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah.  Edisi selain dari edisi pertama ditaip sebagi Ed. ke ... dan diikuti noktah.  Bilangan jilid diikuti noktah.  Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (jika terdapat lebih dari satu tempat terbit digunakan tempat yang pertama.  Contoh: Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang hendaklah ditulis Kuala Lumpur sahaja.  Penerbit diikuti noktah. 

Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.

Contoh:

a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)


Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.

Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat ansab al carab. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.

Miller, R.K. 1989. The informed argument. San Diego: Harcourt Brace Javonich Publishers.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



b. Pengarang bersama

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The Free Press.

Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London: MacMillan.



Edisi Baru Dan Cetak Ulang [Ed. = Edisi]



Buckley, C.B. 1965. An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Cohen, J. 1977. Statistical power analysis for the behavioral sciences. Ed. semak. New York: Academic Press.

Shaharir Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.



Karya Yang Dikenali Menurut Judul

Al Quran.

Cumulative bibliography of Asian studies, 1941 1945: subject bibliography. 1972. 4 jil. Boston: G.K. Hall.

The encyclopaedia of Islam. 1960. Ed. ke 2. Leiden: E.J. Brill.

Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oxford regional economic atlas: the Middle East and North Africa. 1960. London: Oxford University Press.



Rujukan Kepada Hadith Ditulis Menurut Pengumpul Hadith


al Tabrani, Sulayman ibn Ahmad. 1311H/1894. Al Mucjam al saghir. Delhi: Al Matbacah al Ansari.



Karya Susunan [pnys. = penyusun]

Farid M. Onn (pnys.). 1982. Dinamisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. Al tarikh salasilah negeri Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Karya Suntingan [pnyt. = penyunting]

Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental management 2000. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laily B. Din, Muhammad Yahya, A. Norhayati, M.S. Nizam, Waidi Sinun & A. Latiff (pnyt.). 2005. Danum Valley conservation area: physical, biological & social environments. Kota Kinabalu & Bangi: Yayasan Sabah & Universiti Kebangsaan Malaysia.



Selenggaraan [pngr. = penyelenggara]

Othman Ismail (pngr.). 1990. Peristilahan dan penulisan sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Barlian Aidid (pngr.). 1990. Siri bacaan pelajar Utusan: epidemik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr.). 1989. Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Berbilang Jilid [Jil. = Jilid yang dirujuk]

Abu Osman Md. Tap. 1987. Matematik pertama. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Osman Md. Tap. 1988. Matematik pertama. Jil. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Terjemahan [Terj. = Terjemahan]

Battle, J.A. & Shannon, R.L. 1978. Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

Fraleigh, J.B. 1988. Kursus pertama aljabar niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Nama Samaran

Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keris Mas. 1979. Tiga puluh tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Monograf

Harriet Wong, Hazita Azman & Lee Siew Chin. 1990. English language proficiency. Monograf 3, Pusat Bahasa, UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smail, J.R.W. 1964. Bandung in the early revolution 1945 1946: a study in the social history of the revolution. Modern Indonesian Project Monograph Series. Ithaca: Cornell University Press.



Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]

Abdul Latiff Mohamad. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas kepelbagaian biologi khususnya spesies tumbuhan endemik di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran, hlm. 72-103. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm. Fleishman, I.A. & Hunt. J.G. (pnyt.). Current development in the study of leadership: selected readings, hlm. 1 37. Carbondale: Southern Illinois University Press.

Shamsuddin Suhor. 2004. Celik alam sekitar: pengurusan di peringkat isi rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang (pnyt.). Alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat Malaysia, hlm. 196-211. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South East Asia and world politics. Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: a survey, hlm. 356 374. New York: Frederick A. Praeger.



Karya Tanpa Tarikh (t.th.)/Tanpa Tempat (t.tp.) /Tanpa Penerbit (t.pt.)

al Fakhiri, Muhammad ibn cUmar. t.th. Al akhbar al-najdiyah. Suntingan cAbd Allah ibn Yusuf al Shibl. al Riyad: Matabic Jamicat al Imam Muhammad ibn Sucud al Islamiyyah.

Ibn Qayyim al Jawziyyah, Abu Abd Allah Muhammad ibn Bakr al Zarci al Dimisyqiyy. t.th. Aclam al Muwaqi cin rabb al calamin. 4 jil. Suntingan Muhammad Muhyi al Din cAbd al Hamid. Mesir: t.pt.

al Shafici, Muhammad ibn Idris. t.th. Al Umm. 7 jil. t.tp.: t.pt.

al Tabari, Abu Jacfar Muhammad ibn Jarir. t.th. Ikhtilaf al fuqaha'. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.


Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.


Cara menulis rujukan dan bibliografi Gaya UKM untuk bentuk penulisan yang lain akan saya tampal di entri lain nanti. Anda juga boleh melihat corak penulisan ilmiah untuk penulisan tesis, disertasi, laporan penyelidikan bagi memenuhi syarat pengijazahan di UKM di laman web Pusat Pengajian Siswazah.
Selamat menyiapkan tugasan dan kertas kerja.
 
Sumber:

Ramlan Hamzah, PhD
Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik 
Kompleks Pendidikan Nilai,71760  Bandar Enstek
NEGERI SEMBILA DARUL KHUSUS

019-2244 676