Make your own free website on Tripod.com
Home | What is HOTS | My Office IPGTek | Kenali Saya | Kuliah dan Link | Gaya Penulisan Ilmiah | Nota Kuliah Kaunseling | Kalender Saya | Islam Yang Indah | GERKO (PBSM) | Folio Ramlan | Kamus

Ramlan Hamzah IPG, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, NS

GERKO (PBSM)

Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai. (Al-An'am (6):125).

SEMESTER INI SAYA TIDAK MEMEGANG PORTFOLIO BSM, OLEH ITU BAHAGIAN INI TIDAK DIKEMASKINI. HARAP MAKLUM.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

smcres.gif

Sila klik bendera pbsm untuk ke laman PBSM seterusnya

Pengenalan

Sukatan KPLI

Pendahuluan:
Aktiviti Kokurikulum di sekolah di yakini dapat membentuk dan mendidik murid-murid agar menjadi warga yang mementingkan gaya hidup aktif dan sihat. Lantara itu ia akan dapat mengimbangi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar selaras dengan pertumbuhan fizikalnya.
Sukatan KDPM Sem 4
Sukatan KDPM Sem 5

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (IBU PEJABAT)

SEJARAH PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

IFRC

ICRC

PERGERAKAN PBSM SEDUNIA

PBSM TUARAN SABAH

AMERICAN RED CROSS

BRITISH RED CROSS

PBSM DIREKTORI


 

 

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

KDPM SEMESTER 2

SIJIL PERTOLONGAN CEMAS ASAS

 

 

 

ANJURAN:

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

CABANG

MAKTAB PERGURUAN TEKNIK, KUALA LUMPUR

DENGAN KERJASAMA

JABATAN PERTAHANAN AWAM

CAWANGAN MELAKA

 

TEMPAT:

TANJUNG BIDARA 

MELAKA

 

 

TARIKH:

 

 

 

 

 

1. Pengenalan

Perkhemahan ini adalah aktiviti ke-5 yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur di bawah ketua penasihat En Ramlan Hj Hamzah. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam dalam operasi menyelamatkan mangsa dan dapat menggunakan teori-teori yang telah dipelajari.

2. Mengapa di Melaka?

Perkhemahan ini diadakan di Melaka kerana terdapat beberapa kemudahan. Di antara kemudahan tersebut ialah terdapat pegawai-pegawai Pertahanan Awam yang bersedia membantu dari segi teknikal dan kelengkapan keselamatan secara percuma. Pihak PBSM Daerah Melaka juga telah berjanji untuk memberikan bantuan secukupnya dan akan mengeluarkan sijil-sijil kelayakan dengan cepat. Suasana hutan yang memungkinkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti orientering, absailing, bencana alam dan seumpamanya akan mudah dilaksanakan.

3. Rasional

Perkhemahan ini penting diadakan kerana ia dapat memberikan pendedahan kepada ahli persatuan PBSM dalam aspek menyelamatkan mangsa dan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari.

 

4. Objektif

Agar ahli dapat:

4.1 Memupuk sikap berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti yang dijalankan,

4.2 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan matang ketika membuat keputusan,

4.3 Melahirkan ahli PBSM MPT yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental,

4.4 Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan,

4.5 Mendapat sijil asas pertolongan cemas dan oleh badan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pertahanan Awam Malaysia dan

4.6 Memenuhi sukatan GERKO PBSM BPG, KPM dalam bidang perkhemahan, kepimpinan dan kejurulatihan.

5. Penyertaan

Sejumlah 50 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri dari 33 orang ahli persatuan, 5 orang pensyarah pengiring, seorang juru teknik, 2 orang pemandu bas, 2 orang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan 8 orang pegawai Pertahanan Awam Malaysia.

5.1 Pensyarah Pengiring terdiri dari:

En Ramlan Hj Hamzah (Kem Komandan dan JK Makanan)

En Che Azmi b Harun (JK Peralatan dan riadhah)

En Karim b Ejang (JK Keselamatan & Sijil)

Cik Rohana Jantan (Hal Ehwal Wanita dan kebersihan)

En Omar Parkan (JK Kerohanian & Kebajikan)

En Palakrishan (JK Penggambaran @ video)

En Mat Nuar Sharif (JK Teknikal)

5.2 Bilangan Peserta Keseluruhan:

Bilangan Peserta 2KDPM 33 orang

Bilangan Pegawai MPT 07 orang

Bilangan Pegawai Pertahanan Awam 8 orang

Bilangan Pegawai PBSM 02 orang

Tetamu jemputan 02 orang

Jumlah 52 orang

Sila lihat lampiran A1 dan A2

5.3 Jadual Aktiviti:

Sila lihat lampiran B

6.

6.1 Perbelanjaan Peserta Kursus:

Cadangan anggaran perbelanjaan secara pakej akan dibayar oleh maktab:

6.1.1Makan dan Lodging = RM 55.00 seorang x 2 hari

6.1.2Kos Sewa Peralatan :

-PA Sistem : 100.00 = 1 hari

-TV : RM 50.00 = 1 hari

-LCD : RM 100.00 = 1 hari

-LapTop/Kom: RM 100.00 = 1 hari

Jumlah

6.2 Perbelanjaan Pensyarah :

6.2.1 Lodging dan makan x 2 hari =

Tuntutan Perbatuan pensyarah =

Elaun penceramah JPA/PBSM =

Jumlah

7. Pendapatan:

 

Kertaskerja disediakan oleh Disemak oleh,

Jawatankuasa Program

Persatuan Bulan Sabit Merah

Cabang Maktab Perguruan Teknik

Kuala Lumpur.

 

Enter supporting content here

Ramlan Hamzah, PhD
Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik 
Kompleks Pendidikan Nilai,71760  Bandar Enstek
NEGERI SEMBILA DARUL KHUSUS

019-2244 676