KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
KDPM SEMESTER 2
SIJIL PERTOLONGAN CEMAS ASAS
ANJURAN:
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
CABANG
MAKTAB PERGURUAN TEKNIK, KUALA LUMPUR
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PERTAHANAN AWAM
CAWANGAN MELAKA
TEMPAT:
TANJUNG BIDARA
MELAKA
TARIKH:
1. Pengenalan
Perkhemahan ini adalah aktiviti ke-5 yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Maktab Perguruan Teknik,
Kuala Lumpur di bawah ketua penasihat En Ramlan Hj Hamzah. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan
amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat
memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam dalam
operasi menyelamatkan mangsa dan dapat menggunakan teori-teori yang telah dipelajari.
2. Mengapa di Melaka?
Perkhemahan ini diadakan di Melaka kerana terdapat beberapa kemudahan. Di antara kemudahan tersebut ialah
terdapat pegawai-pegawai Pertahanan Awam yang bersedia membantu dari segi teknikal dan kelengkapan keselamatan secara percuma.
Pihak PBSM Daerah Melaka juga telah berjanji untuk memberikan bantuan secukupnya dan akan mengeluarkan sijil-sijil kelayakan
dengan cepat. Suasana hutan yang memungkinkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti orientering, absailing, bencana alam dan
seumpamanya akan mudah dilaksanakan.
3. Rasional
Perkhemahan ini penting diadakan kerana ia dapat memberikan pendedahan kepada ahli persatuan PBSM dalam aspek
menyelamatkan mangsa dan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari.
4. Objektif
Agar ahli dapat:
4.1 Memupuk sikap berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti yang dijalankan,
4.2 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan matang ketika membuat keputusan,
4.3 Melahirkan ahli PBSM MPT yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental,
4.4 Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan,
4.5 Mendapat sijil asas pertolongan cemas dan oleh badan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pertahanan
Awam Malaysia dan
4.6 Memenuhi sukatan GERKO PBSM BPG, KPM dalam bidang perkhemahan, kepimpinan dan kejurulatihan.
5. Penyertaan
Sejumlah 50 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri dari 33 orang ahli persatuan, 5 orang pensyarah pengiring,
seorang juru teknik, 2 orang pemandu bas, 2 orang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan 8 orang pegawai Pertahanan
Awam Malaysia.
5.1 Pensyarah Pengiring terdiri dari:
En Ramlan Hj Hamzah (Kem Komandan dan JK Makanan)
En Che Azmi b Harun (JK Peralatan dan riadhah)
En Karim b Ejang (JK Keselamatan & Sijil)
Cik Rohana Jantan (Hal Ehwal Wanita dan kebersihan)
En Omar Parkan (JK Kerohanian & Kebajikan)
En Palakrishan (JK Penggambaran @ video)
En Mat Nuar Sharif (JK Teknikal)
5.2 Bilangan Peserta Keseluruhan:
Bilangan Peserta 2KDPM 33 orang
Bilangan Pegawai MPT 07 orang
Bilangan Pegawai Pertahanan Awam 8 orang
Bilangan Pegawai PBSM 02 orang
Tetamu jemputan 02 orang
Jumlah 52 orang
Sila lihat lampiran A1 dan A2
5.3 Jadual Aktiviti:
Sila lihat lampiran B
6.
6.1 Perbelanjaan Peserta Kursus:
Cadangan anggaran perbelanjaan secara pakej akan dibayar oleh maktab:
6.1.1Makan dan Lodging = RM 55.00 seorang x 2 hari
6.1.2Kos Sewa Peralatan :
-PA Sistem : 100.00 = 1 hari
-TV : RM 50.00 = 1 hari
-LCD : RM 100.00 = 1 hari
-LapTop/Kom: RM 100.00 = 1 hari
Jumlah
6.2 Perbelanjaan Pensyarah :
6.2.1 Lodging dan makan x 2 hari =
Tuntutan Perbatuan pensyarah =
Elaun penceramah JPA/PBSM =
Jumlah
7. Pendapatan:
Kertaskerja disediakan oleh Disemak oleh,
Jawatankuasa Program
Persatuan Bulan Sabit Merah
Cabang Maktab Perguruan Teknik
Kuala Lumpur.