e-kaunseling ramlan

Home

Tentang Diri Saya | keluarga saya | Sukatan dan Nota Kuliah | Kaunseling dan Sekolah Bestari | Resume Diri | Agama dan Budaya | Contact Me
Tentang Diri Saya

Latar Belakang dan Pengalaman (sorry, masih dalam pembinaan)

Usia saya 40 tahun. Tinggi 5'6" berat badan 70kg dan saya mengajar di salah sebuah maktab perguruan di Kuala Lumpur. Makanan kegemaran ialah masakan Negeri Sembilan. Hobi, melukis, membaca dan menonton TV. Bahan bacaan ialah buku-buku psikologi, agama dan politik.

Saya dilahirkan pada 15 Jun 1960 di No 1 Jalan Arab,Johor Bharu, Johor. Bersekolah rendah di Rembau di Negeri Sembilan dan bersekolah menengah di Muar Johor. Saya mendapat pendidikan guru di Maktab Perguruan Ilmu Khas Jalan Cheras, Kuala Lumpur dalam bidang Seni Lukis dan Pengajian Melayu. Pengalaman pertama mengajar ialah di Sek. Men. Jeram Kuala Selangor pada tahun 1984. Melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Menyambung pelajaran ke bidang sarjana juga di dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

A woman mountain biking; Actual size=180 pixels wide

Pengalaman saya ketika melangkah ke alam kerjaya agak rumit dan berliku. Pengalaman pertama saya bekerja ialah di sebuah restoran makanan segera. Di situ saya belajar erti kepayahan hidup. Saya dapat pengalaman dikerah dan diarah oleh orang lain. Pahit getir dimarah, dikerah dan dicaci hanya Allah sahaja yang mengetahui. Pengalaman kedua saya bekerja ialah sebagai 'parking attendent'. Di sini pula saya belajar tentang kehidupan yang mencabar. Hidup dalam dunia peras ugut, samsing, pergaduhan dan persaingan. Menjadi 'parking attendent' seseorang itu perlu berani dan mudah bergaul. Pengalaman kerjaya yang ketiga adalah yang terakhir bagi saya lalui. Pengalaman ini membuatkan sya tersedar dari lamunan bahawa saya perlu bangkit, bangun dan melakukan sesuatu tindakan sebelum saya hanyut di bawa oleh arus kehidupan kota yang begitu mencabar dan bergelombang. Kerjaya saya yang ketiga ialah sebagai pelukis iklan. Saya banyak terdedah dengan pengarah-pengarah yang lintah darat, memutar belit, menipu dan seumpamanya. Saya pernah ditipu dengan tidak membayar dua bulan gaji. Saya pernah ditipu dengan tidak membayar komisen lukisan yang saya hasilkan. Saya rasa titik peluh saya tidak dibayar. Keringat saya disedut. Pernah saya terpaksa mengeluarkan kembali lauk yang ada di dalam pinggan saya kerana tidak cukup wang untuk membayarnya. Kehidupan saya ketika itu sungguh sempit dan pahit. Namun bagi saya itulah sekelumit pengalaman yang tidak dapat dibeli oleh sesiapa. Saya rasa pengalaman yang saya alami itlah yang membentuk kejayaan diri saya pada hari ini. Pada hari ini saya tidak akan melupakan peristiwa yang berlaku semalam. Kerana esok masih lagi tidak pasti adakah mimpi yang semalam itu akan berulang kembali. Kita hanya merancang sesungguhnya Allah jugalah perancang yang Maha Besar.

Kegemaran

Senarai filem yang saya minati;
Filem Tempatan: Anakku Sazali, Penarik Beca, Ibu Mertuaku, Mekanik, Leftenan Adnan, Hang Tuah
Filem Luar Negara;
Childrens of Heaven, Jaws, Jurrasic Park, Perfect Murder, Enemy of State, Negotiator
Lagu-lagu: Instrumental, Jazz dan Nasyid Kontemporari.
Ulama yang diminati: Mereka yang menyampaikan yang benar.
Pemimpin yang dikagumi: Ustaz Hadi Awang, Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Mahathir Mohamed, Yassir Arafat dan Tun Abdul Razak

Makanan Kegemaran:
Sambal tumis petai, asam pedas ikan tenggiri, rendang itik ala Negeri Sembilan

Minuman: Kelapa muda, Bandung Special, Jus Buah Mangga Fresh